LATAR BELAKANG SYARIKAT ADABI
NAMA SYARIKAT
|
ADABI CONSUMERS INDUSTRIES SDN. BHD.
(ACISB)
|
PENGERUSI
|
DATO' SYED MANSHOR SYED MAHMOOD
|
ALAMAT
|
Lot 136,
Rawang Integrated Industrial Park, 48000, Rawang, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
|
TEL
FAX
|
03-60923677
03-60916945
|
EMAIL
WEBSITE
|
|
BILANGAN PEKERJA
|
Mempunyai lebih dari 400 anggota dan
mensasarkan jualan tahunan sebanyak RM120 juta
|
HARTA INTELEK
|
Logo Adabi merupakan harta intelek yang digunapakai
pada setiap bahan pembungkusan produk. Logo ini digambarkan dengan satu unit
iaitu berbentuk Istana Melaka lama dengan tertera nama Adabi. Terdapat huruf
® di bahagian luar garisan logo.
|
Produk
|
Produk lebih dari 60 jenis produk di bawah 6 kategori
berikut : serbuk rempah campuran, pes sedia proses, campuran tepung, Sos,
makanan dalam tin dan minuman.
|
Pengenalan
Adabi Consumers Industries Sdn. Bhd. (ACISB) merupakan syarikat induk yang
salah satu peneraju utama di Kumpulan Adabi. Syarikat ini bertanggungjawab
mencipta, menghasil dan memasarkan produk di bawah penjenamaan Adabi. ACISB
dikelola dan diterajui secara professional dan berpandu sepenuhnya terhadap
produk dengan memberi penekanan yang sama terhadap Penyelidikan &
Pembangunan serta Jualan & Pemasaran.
Pada tahun 1984,
kumpulan pertama produk-produk ADABI dihasilkan di sebuah kilang kecil
bertempat di Kawasan Perindustrian Ringan Batu Caves. Semenjak itu, usaha kami
telah berkembang dengan pesat. Dari Batu Caves, ADABI telah berpindah ke
kilang-kilang yang lebih besar di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Kepong
pada tahun 1986 dan membina kilang pemprosesan tambahan di Kawasan
Perindustrian Ringan Taman Ehsan pada 1990 dan 1992.
Perkembangan
positif pada pasaran tempatan sejak bertahun-tahun telah memberi indikasi baik
terhadap kami untuk melebarkan sayap. Di atas permintaan pelanggan yang kian
bertambah, syarikat berpindah ke premis kilang dan pejabat milik persendirian
yang terletak di Taman Perindustrian Bersepadu Rawang pada November 1996 bagi
mereka menampung keperluan pasaran dan pelanggan. Terletak di kawasan seluas 4
hektar, yang merangkumi pusat pengeluaran, gudang, bangunan pejabat dan
kemudahan pentadbiran Adabi yang lain.
Adabi telah
menerima pelbagai anugerah dan penghargaan di atas komitmen yang telah
diberikan terhadap memastikan kualiti produk keluaran. Bahkan, produk Adabi
adalah yang pertama untuk menerima sijil Halal dari Jabatan Hal Islam dari
Jabatan Perdana Menteri. Di antara anugerah yang lain yang dimenangi adalah
Superbrand Status (Reader's Digest Malaysia), International Makanan &
Minuman Award (New Millenium Award - Paris) dan Anugerah Kecemerlangan Industri
(MITI) dan Anugerah Produk Terpuji (Institut Teknologi Pangan Malaysia).
Lokasi
Perniagaan
Produk Adabi telah
berkembang pesat sehingga ke seluruh malaysia dan luar negara.Antara pengedar
sah yang dilantik oleh syarikat Adabi untuk mengedarkan produk-produk Adabi
adalah:
Kawasan(Negeri)
|
Tempat perniagaan
|
KAWASAN PANTAI
TIMUR(Kelantan, Terengganu, Pahang)
|
Amalan Sanjung (M)
Sdn. Bhd (Terengganu)
Amalan Sanjung (M)
Sdn. Bhd (Kelantan)
Adabi Distribution
Sdn. Bhd
|
KAWASAN
CENTRAL(Selangor, Kuala Lumpur)
|
Adabi Consumer
Industries HTO Sdn. Bhd
Bekal Baru Sdn. Bhd
Alzas Edar Sdn. Bhd
|
KAWASAN UTARA (Pulau
Pinang, Perak, Perlis, Kedah)
|
Baktisan Pertama Sdn.
Bhd
Berkat Serbaguna (M)
Sdn.Bhd
Adabi Penang
Distribution
|
KAWASAN SELATAN (
Negeri Sembilan, Melaka, Johor)
|
Adabi NS Trading Sdn.
Bhd
Nyala Satria (M) Sdn.
Bhd
Produk Optima Sdn.
Bhd
|
AUSTRALIA
|
Sun Rises Provition
|
Produk Syarikat Adabi
Syarikat
Adabi memasarkan pelbagai jenis produk yang sesuai untuk pilihan isi rumah bagi
memenuhi permintaan pelanggan untuk memasak dan bagi melazatkan makanan.
Syarikat Adabi telah mengeluarkan lebih daripada 60 jenis produk dan mempunyai
6 kategori produk:
1. Perencah
• Tom yam putih, Nasi goreng cina, Nasi
goreng kampung, Nasi goreng ikan bilis, Nasi goreng tom yam.
2. Mee Segera
• Mee 3 rasa Adabi, Mee bandung, mee
perencah kari adabi, mee goreng pedas adabi, mee tomyam dan lain-lain.
3. Tepung
• Tepung goreng pisang, tepung goreng
serbaguna, tepung goreng ayam.
4. Tepung cucur
• Ikan bilis, udang, lemak manis,
bawang
5. Sup
• Sup bunjut, tulang, perencah sup, sup
sayur, mee sup, bihun sup.
6. Serbuk jeli
• Serbuk kristal jeli perisa oren,
stawberi, anggur hitam.
7. Lain-lain
• Tepung rangup suri, kicap manis dan
masin, sos cili adabi
KEJAYAAN ADABI
Antara
kejayaan yang diraih oleh adabi ialah:-
Ø Dianugerahkan
Product Excellence Awardoleh Malaysian Institute of Food Technology
untuk Perencah Nasi Goreng –1997
Ø Industrial
Excellence Award-1999
Ø Dianugerah
International Food & Beverage Award(New Millennium Award : Paris
2000)
Ø
Dianugerah status SUPERBRAND oleh Majlis
Superbrands Malaysia pada 2002.
Ø Syarikat
Pertama Menerima Pengiktirafan Persijilan HALAL Yang Dikeluarkan Oleh
Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Ø Syarikat
Pertama Dianugerahkan Malaysian Sirim Standard MS 890:1984(Produk Kari)
Ø Penganugerah
Persijilan ISO 9001:2000Oleh Sirim Berhad Pada 2002 Sebagai
Pengiktirafan Memenuhi QMS.
Ø Anugerah
Citrawangsa Dari Dewan Bahasa Dan Pustaka Untuk Anugerah Citra
Ø Iklan
Radio 2003.