Friday, May 25, 2012

Syarikat Adabi







LATAR BELAKANG SYARIKAT ADABI

NAMA SYARIKAT
ADABI CONSUMERS INDUSTRIES SDN. BHD. (ACISB)
PENGERUSI
 DATO' SYED MANSHOR SYED MAHMOOD
ALAMAT
Lot 136, Rawang Integrated Industrial Park, 48000, Rawang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
TEL          
FAX          
03-60923677
03-60916945
EMAIL     
WEBSITE
BILANGAN PEKERJA
Mempunyai lebih dari 400 anggota dan mensasarkan jualan tahunan sebanyak RM120 juta
HARTA INTELEK
Logo Adabi merupakan harta intelek yang digunapakai pada setiap bahan pembungkusan produk. Logo ini digambarkan dengan satu unit iaitu berbentuk Istana Melaka lama dengan tertera nama Adabi. Terdapat huruf ® di bahagian luar garisan logo.
Produk
Produk lebih dari 60 jenis produk di bawah 6 kategori berikut : serbuk rempah campuran, pes sedia proses, campuran tepung, Sos, makanan dalam tin dan minuman.

Pengenalan
Adabi Consumers Industries Sdn. Bhd. (ACISB) merupakan syarikat induk yang salah satu peneraju utama di Kumpulan Adabi. Syarikat ini bertanggungjawab mencipta, menghasil dan memasarkan produk di bawah penjenamaan Adabi. ACISB dikelola dan diterajui secara professional dan berpandu sepenuhnya terhadap produk dengan memberi penekanan yang sama terhadap Penyelidikan & Pembangunan serta Jualan & Pemasaran.
Pada tahun 1984, kumpulan pertama produk-produk ADABI dihasilkan di sebuah kilang kecil bertempat di Kawasan Perindustrian Ringan Batu Caves. Semenjak itu, usaha kami telah berkembang dengan pesat. Dari Batu Caves, ADABI telah berpindah ke kilang-kilang yang lebih besar di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Kepong pada tahun 1986 dan membina kilang pemprosesan tambahan di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Ehsan pada 1990 dan 1992.
Perkembangan positif pada pasaran tempatan sejak bertahun-tahun telah memberi indikasi baik terhadap kami untuk melebarkan sayap. Di atas permintaan pelanggan yang kian bertambah, syarikat berpindah ke premis kilang dan pejabat milik persendirian yang terletak di Taman Perindustrian Bersepadu Rawang pada November 1996 bagi mereka menampung keperluan pasaran dan pelanggan. Terletak di kawasan seluas 4 hektar, yang merangkumi pusat pengeluaran, gudang, bangunan pejabat dan kemudahan pentadbiran Adabi yang lain.
Adabi telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan di atas komitmen yang telah diberikan terhadap memastikan kualiti produk keluaran. Bahkan, produk Adabi adalah yang pertama untuk menerima sijil Halal dari Jabatan Hal Islam dari Jabatan Perdana Menteri. Di antara anugerah yang lain yang dimenangi adalah Superbrand Status (Reader's Digest Malaysia), International Makanan & Minuman Award (New Millenium Award - Paris) dan Anugerah Kecemerlangan Industri (MITI) dan Anugerah Produk Terpuji (Institut Teknologi Pangan Malaysia).
Lokasi Perniagaan
Produk Adabi telah berkembang pesat sehingga ke seluruh malaysia dan luar negara.Antara pengedar sah yang dilantik oleh syarikat Adabi untuk mengedarkan produk-produk Adabi adalah:

Kawasan(Negeri)
Tempat perniagaan
KAWASAN PANTAI TIMUR(Kelantan, Terengganu, Pahang)
Amalan Sanjung (M) Sdn. Bhd (Terengganu)
Amalan Sanjung (M) Sdn. Bhd (Kelantan)
Adabi Distribution Sdn. Bhd
KAWASAN CENTRAL(Selangor, Kuala Lumpur)
Adabi Consumer Industries HTO Sdn. Bhd
Bekal Baru Sdn. Bhd
Alzas Edar Sdn. Bhd
KAWASAN UTARA (Pulau Pinang, Perak, Perlis, Kedah)
Baktisan Pertama Sdn. Bhd
Berkat Serbaguna (M) Sdn.Bhd
Adabi Penang Distribution
KAWASAN SELATAN ( Negeri Sembilan, Melaka, Johor)
Adabi NS Trading Sdn. Bhd
Nyala Satria (M) Sdn. Bhd
Produk Optima Sdn. Bhd
AUSTRALIA
Sun Rises Provition






Produk Syarikat Adabi
Syarikat Adabi memasarkan pelbagai jenis produk yang sesuai untuk pilihan isi rumah bagi memenuhi permintaan pelanggan untuk memasak dan bagi melazatkan makanan. Syarikat Adabi telah mengeluarkan lebih daripada 60 jenis produk dan mempunyai 6 kategori produk:

1.         Perencah
•           Tom yam putih, Nasi goreng cina, Nasi goreng kampung, Nasi goreng ikan bilis, Nasi goreng tom yam.
2.         Mee Segera
•           Mee 3 rasa Adabi, Mee bandung, mee perencah kari adabi, mee goreng pedas adabi, mee tomyam dan lain-lain.
3.         Tepung
•           Tepung goreng pisang, tepung goreng serbaguna, tepung goreng ayam.
4.         Tepung cucur
•           Ikan bilis, udang, lemak manis, bawang
5.         Sup
•           Sup bunjut, tulang, perencah sup, sup sayur, mee sup, bihun sup.
6.         Serbuk jeli
•           Serbuk kristal jeli perisa oren, stawberi, anggur hitam.
7.         Lain-lain
•           Tepung rangup suri, kicap manis dan masin, sos cili adabi




KEJAYAAN ADABI
Antara kejayaan yang diraih oleh adabi ialah:-

Ø  Dianugerahkan Product Excellence Awardoleh Malaysian Institute of Food Technology untuk Perencah Nasi Goreng –1997
Ø  Industrial Excellence Award-1999
Ø  Dianugerah International Food & Beverage Award(New Millennium Award : Paris 2000)
Ø  Dianugerah status SUPERBRAND oleh Majlis Superbrands Malaysia pada 2002.

Ø  Syarikat Pertama Menerima Pengiktirafan Persijilan HALAL Yang Dikeluarkan Oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Ø  Syarikat Pertama Dianugerahkan Malaysian Sirim Standard MS 890:1984(Produk Kari)
Ø  Penganugerah Persijilan ISO 9001:2000Oleh Sirim Berhad Pada 2002 Sebagai Pengiktirafan Memenuhi QMS.
Ø  Anugerah Citrawangsa Dari Dewan Bahasa Dan Pustaka Untuk Anugerah Citra
Ø  Iklan Radio 2003.